Saturday, 4 June 2011

BILLU

Petang tadi, Ai nak tidurkan HB.. Tapi Ai yang tidur dulu... hehehe.. Terjaga dari tidur, Ai tengok HB tengah sedap dibuai mimpi... Lalu Ai menuju ke ruang tamu untuk menonton tv... Hari ini, ada tayangan filem hindustan di tv3... Tapi akibat terlelap tadi, so Ai hanya dapat tengok babak 1/2 jam sebelum ceritanya tamat...

Mengisahkan Billu (lakonan Irrfan... ermmm, xkenal pun siapa dia ni???) bersahabat baik dengan Sirhan Khan (lakonan Dato' SRK) semasa zaman kanak-kanak mereka... Tapi telah terpisah apabila dewasa...  Sirhan menjadi pelakon terkenal yang diminati ramai, Billu pula hanya seorang tukang gunting rambut di perkampungan yang terpencil... Billu sekeluarga dipulaukan kerana dianggap menipu yang kononnya dia bersahabat baik dengan pelakon terkenal Sirhan... Sirhan datang ke kawasan perkampungan Billu untuk menjalani pengambaran filem terbarunya.. Pihak sekolah di perkampungan Billu tinggal telah menjemput Sirhan untuk datang ke majlis keramaian yang diadakan bagi memberi peluang kepada anak murid dan penduduk di kampung tersebut bertemu dengan Sirhan... Ketika diminta memberikan ucapan, Sirhan telah menceritakan kenangan zaman kanak-kanaknya... Dia menceritakan bagaimana Billu telah banyak berkorban dan berjasa kepadanya sebelum dia memulakan kerjaya sebagai seorang pelakon... Billu tidak meminta apa-apa balasan di atas pertolongan yang diberikan dan dia hanya meminta agar Sirhan sentiasa mengingatinya... Akhirnya, mereka dapat bertemu dan barulah orang kampung sedar rupa-rupanya Billu tidak menipu mereka...

Errrrmmmm...happy ending kan...  Dulu Ai juga ada teman baik semasa sekolah... Kami berkawan dari form 1 kerana kami berada dalam 1 kelas dari form 1 sampai form 5... Semasa habis SPM, Ai pernah berkata pada dia; selepas ni, mesti dia dah tak kan ingat kat Ai sebab dia mesti akan jumpa kawan yang lebih baik dari Ai... Dia kata; tak mungkin sebab Ai lah satu-satunya kawan baik dia dan dia takut Ai yang akan lupakan dia bila Ai dapat kawan yang baru... Kemudian, Ai berjanji pada dia; biar di mana Ai berada dan berapa ramai kawan yang Ai ada, dia akan tetap menjadi kawan baik Ai yang pertama dan  tiada siapa boleh tandingi dia... Itulah ikrar Ai pada Sal... Dan Ai sentiasa berpegang pada janji yang Ai buat... Setiap kali Ai bertemu dan mendapat kawan baru, Ai akan menceritakan tentang janji Ai pada Sal dan Ai mohon mereka maafkan Ai kerana walaupun Ai baik dengan semua kawan-kawan Ai dan mereka juga baik terhadap Ai tapi Ai tak boleh nak iktiraf mereka sebagai kawan baik Ai... 

Manusia mudah berubah mengikut peredaran waktu... Dan Sal juga berubah, dia berjaya menjadi cikgu, sudah mampu membeli kereta... Namun Ai masih seperti dulu, berpegang pada janji yang pernah Ai buat... Ai hanya tersedar Ai bukan lagi kawan baik Sal pada hari perkahwinannya... Malam sebelum kenduri, Ai tidur di rumahnya setelah mendapat izin dari hubby... Ai tinggalkan HB dan hubby, semata-mata ingin meraikan hari bahagia teman karib Ai... Tapi hari kenduri tersebut, baru Ai tersedar betapa jarak diantara Ai dan Sal teramat jauh walaupun Ai berada disebelahnya... Ramai kenalan kerjanya datang dan sedara-maranya datang tapi Ai tidak mengenali sesiapa pun... Apabila mereka bertanya pada Sal, siapa Ai; Sal akan menjawab Ai hanya kawan sekolah bukan cikgu sama tempat kerja tapi sekadar kawan masa sekolah menengah dulu... Selesai makan, Ai terus ajak hubby dan mak balik... Ai berasa sangat sedih, Ai  sudah dilupakan sepenuhnya... Pada 13 Dis. 2009, Ai tidak lagi mempunyai kawan baik.. Selama bertahun-tahun Ai berpegang pada janji yang Ai buat, akhirnya janji yang Ai buat itu tidak bermakna apa-apa lagi... Dia sudah mempunyai kehidupannya sendiri...

Ketika itulah, baru Ai tersedar dia sebenarnya telah lama lupakan Ai... Hanya Ai yang tak  ambil peduli akan perubahannya... Raya pada tahun 2008, Ai dimasukkan ke ICU; Sal tidak datang melawat Ai... Katanya dia sibuk buat persiapan raya dan pelbagai lagi alasan lain... Dia juga tidak datang ke rumah Ai untuk menziarahi Ai setelah dia mempunyai kereta sendiri... Sedangkan dulu, masa kami masih belajar dan dia tidak mempunyai kenderaan; Ai sering datang menziarahinya dengan menaiki motor... Selepas kenduri, Ai ada terserempak dengan Sal di pasar malam kawasan kampung Ai... Dia datang bersama suaminya... Ai buat-buat tak nampak, hanya Sal yang datang manghampiri Ai dan menegur Ai... Suaminya entah ke mana???... Katanya dia membawa suaminya mengenal kaum keluarganya di kawasan kampung Ai... Ai menjemput dia dan suaminya ke rumah mak Ai tapi sampai ke hari ini mereka tidak pernah datang... Dahulunya, setiap kali raya Ai pasti akan datang beraya ke rumah orang tuanya... Raya tahun 2010, kali pertama Ai tidak pergi beraya ke rumahnya dan dia juga tidak berkunjung ke rumah Ai... 

Masa di universiti dulu, ada seorang teman sering menasihati Ai; "Ina jangan fikir orang akan fikir macam yang Ina fikir"... Tapi Ai tetap Ai, tidak kira di mana Ai berada Ai tak mampu untuk menjadi orang lain... Ai akan sentiasa berbesar hati untuk berkawan dengan sesiapa sahaja tapi Ai dah serik untuk mempunyai kawan baik... Biarlah Ai baik dengan semua teman-teman dan Ai berharap mereka juga akan baik pada Ai...

2 comments:

  1. emmm... sal tu kwn yg u penah kasi pic kt amir ke Ai... masa u study kt U dulu.. heee..
    kata2 kwn Ai tu ada betulnya.. "Ina jgn fikir org akan fikir mcm yg Ina fikir"
    manusia akan berubah mengikut perkembangan zaman.. peredaran waktu.. tapi amir x sangka smp dia smp x sempat jenguk Ai.. tabah kan hati...
    sorry.. komen amir ni terlmabat 3-4 tahun gknya.. heeeee..
    citer BILLU selalu kuar lg la kt tv... a very nice ending.. n BILLU x pernah gunakan pengaruh dia bkwn baik ngan SRK untuk pujuk SRK dtg ke sek anak dia rasmmikan majlis.. a true friend.. part yg touching sekali bila SRK sebut nama BILLU.. BILLU semasa ucapan di sek.. then time tu baru org kg sedar yg BILLU x menipu..
    nk citer.. satu hari x habis ni Ai.. hahaaaa

    ReplyDelete
  2. Klu masih ingat, rasanya Ai pernah story tentang janji Ai pada sal.. tu la Ai selalu berbaik sangka dengan org, jd lambat nak perasan perubahan orang.. huhuhu.. kawan yg berpesan pada Ai tu kawan ms kat U..
    agaknya Ai antara insan yang bendul kat dunia ni..huhuhu...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...